Assalamualaikum guys. Weheee! Annyeong. Selamat petang beta ucapkan kepada semua rakyat jelata beta. Heceyh ada pula macam tu. Aku tengah bengang sebenarnya ni. Maaf lah kalau nanti apa yang aku bakal type ni memberi respon negatif kat korang tapi suka hati lah. Blog aku. I'm just being myself. Aku tak kisah korang nak cakap apa, yang penting aku lega. Before masuk pasal isi, aku nak cerita permulaan cerita ni dulu. Aku sakit hati gila-gila beb. Menyampah pun ada. Aku bengang kat mamat 'B' tu. Aku cakap aku rindu Subuh pun nak naik angin. Rasa nak baling kasut pun ada kat muka dia tu. Suka hati aku lah nak rindu siapa pun yang dia nak angin pe pasal pula. Jealous? Memang. Sejak dia frust tak dapat awek perak tu, perangai dia lain. Dia macam mengada sikit dengan aku. Aku cakap kasar sikit, nak merajuk macam budak-budak lahir tak cukup bulan. Kau tahu-tahu je lah perangai aku ni. Aku kalau dengan lelaki memang agak kasar sikit tapi tak ada lah sampai nak mencarut kat dia. Aku cakap biasa je kot. Macam cakap dengan member-member biasa. Gentle sakit hati gila der. Before this, aku cerita pasal Subuh tu kat dia, dia rilek je. Dia lagi support aku ada lah. Dah kata kawan baik, kena lah support member kan sampai aku bersemangat bersungguh nak dapatkan Subuh tu. Tapi tadi baru aku cakap rindu Subuh, dia dah marah-marah.
Dia cakap dia tak suka aku cakap pasal pakwe-pakwe dah kat dia. Kalau ye pun frust, beragak lah bro. Marah tu kau tak payah nak lepas kat aku. Kau marah kat perempuan tu, aku yang kena and satu lagi. Kau punya hal tak payah nak campur aduk kat aku punya hal lah. Elok-elok tengah bahagia nak mati rindukan Subuh, dia spoilkan mood aku. Kesudahnya kena maki terus dengan aku. Padan muka. Nak spoilkan mood aku lagi. Serious aku memang agak pantang kalau orang buat aku macam tu. Aku ni dah lah baran orangnya. Memang kena hentam dengan aku lah jawabnya. Suka sangat mainkan orang. Ok done for that stupid issues. Kita pergi pula pasal jamuan kelas bagi kelas BIZ 14 aku yang aku dah janjikan hari tu. Nak diikutkan ambil masa 3 hari juga lah nak siapkan kelas for jamuan. Ok here we are........ Ada sikit je gambar preparation before jamuan sebab time ni betul-betul tengah penat. Tak larat nak snap banyak-banyak. Penat buat kolam india tu lah dengan Echa.
Yang tengah menyapu ni Echa lah tu.
Yang lelaki pakai baju merah tu Shahrul, baju biru Ayu, tudung putih tak ingat siapa, baju kuning Helmi, perempuan baju merah Che Ain. Dia orang tengah syok bakar lilin.
Muka penat tahu tak dengan tak breakfast apa-apa lagi lepas tu kena duduk bercangkung 2 jam kat lantai hadap benda alah tu sedangkan tu bukan kerja aku dengan Echa kena buat kolam. Tu kerja perempuan lepu tu.
Ok after done everything......
Kalender site. Huwaaahh! Kalender tu aku yang tolong buatkan dan nama-nama tu Che Ain dengan Ayu. Yang daun warna-warni tu Kinah punya. Thanks to you Kinah even kau budak account. Sorry Echa tak sengaja ambil.
Picture kami pergi Melaka bulan berapa tah. Bulan 8 maybe.
Balloonssss.... Weheee... Words Sehati sejiwa tu bulan merdeka punya. Saje guna balik.
Korang nampak tak whiteboard tu? Serious hodoh gila aku lukis. Ingatkan Shahrul nak tolong lukiskan tapi aku kesian dengan dia. Dia banyak kena buat kerja. Gentle aku cakap aku tak reti lukis kalau guna whiteboard or blackboard what ever lah. Kalau kat kertas aku boleh.
Kolam dah siap letak lilin yang dia orang bakar tadi. Maaf kalau kolam tu kami buat tak berapa sempurna sebab baru first time dalam hidup buat benda ni. Hehehe.
Photo Booth =) Annyeonghaseyo.
Bangga dapat sign autograf. Huwaarhhhh! Terharu. Sob sob T_T
Kesayangan Biz 14. Dah dua tahun kita bersama. Tinggal lagi dua tahun lagi untuk kita terus bersama dan seterusnya kena buat haluan sendiri.
Gambar penuh kat belakang.
Tempat buat ABC.
Sesi mengemas pinggan mangkuk. XD
Candid yaw.
Pakai jubah, tapi pakai sneakers. Aku nak pakai high heels? Hey no way bro. Kalau macam tu aku lebih rela pakai selipar jepun tak pun berkaki ayam daripada pakai high heels. Gentle beb.
Time ni snap pakai phone Echa. Time aku tidur pula tu. Echa boleh siap gelakkan aku. Yela penat sangat tak cukup tidur sampai boleh tertidur kat meja makan. Hahaha. Yang belakang tu Zaiazrina, Shahrul.
Tak pasal-pasal kena pakai bindi. Che Ain pakaikan. Katanya tema bollywood kena lah pakai. Time Ayu pakaikan tudung untuk aku, Che Ain terus letak bindi kat dahi aku. Tepat-tepat kat parut aku jatuh kat lantai masjid dulu. Yela aku kan ganas perangai macam jantan tak reti duduk diam. Nasib tak berdarah just lebam je. Hahahaha kelakar.
Ok kita dah pun sampai ke penghujung story. Setakat tu je lah aku boleh cerita. Nanti kalau ada apa-apa event yang best-best ke apa, aku share-share lah. Maafkan aku kalau sepanjang entry yang aku post ada yang tidak memuaskan hati korang ke apa en. Well, nobody perfect. So terima je lah dengan redha. Kakakah! Ok aku nak pergi masak. Dah petang. Nanti mak aku membebel. Aku dah lah tak suka dengar orang membebel. Sakit telinga tahu tak. That's all for today gais. Bai. Ppyong. Assalamualaikum.





















No comments:
Post a Comment